Sunday, January 18, 2009

sAjer2 tuLis

post kali ini hanya sekadar ingin mengingat kembali apa yang pernah berlaku

[12 September 2008]
hati aku begitu sakit dengan apa yang telah 'A' lakukan pada aku...aku terdiam saat perkataan2 itu terkeluar dari mulut dia...aku seperti tidak kenal lagi 'A' di mata aku...yang jelas waktu itu,, aku benci pada dia...hati aku penuh dengan kebencian saat itu...sahabat yang aku anggap seperti abang aku sendiri mengeluarkan perkataan yang cukup memeritkan...aku memilih untuk menyepikan diri...walupun beribu kali 'A' mengucapkan maaf,,aku tetap membisu...bukan niat aku untuk membenci...tetapi aku sudah tidak punya hati lagi untuk berhadapan dengan orang yang pernah mengeluarkan kata2 kesat pada aku...

[12 Sept. hingga sekarang]
seperti biasa,,aku mendiamkan diri...setiap panggilan dan mesej dari dia,,aku langsung tak endahkan...aku menganggap dia sudah tidak wujud lagi...sejak peristiwa itu,,aku sering kali menerima panggilan dan mesej dari insan yang tidak dikenali...tapi aku pasti,, itu adalah 'A'...begitu indah lakonan 'A'...tapi 'A' tak mampu menjadi pelakon yang terbaik...aku tidak pernah terpedaya dengan lakonan2 itu...bagi aku,,taktik itu sudah lapuk...lakonan 'A' yang semakin menjadi2,,membuat aku semakin meluat dengat dia...

atas nasihat beberapa orang sahabat aku,,aku memaafkan dia...betul kata mereka...semakin kita membenci seseorang,,semakin dekat orang itu dengan kita...lantas,,aku mengambil satu jalan,,memaafkan 'A'...tetapi itu bukan bermakna aku ingin seperti dulu dengannya...aku tidak mahu ada kaitan lagsung dengan 'A'...bagi aku, 'A' dah tidak wujud lagi...hati aku semakin tenang...'A' berjaya aku lenyapkan dari kamus hidupku...setiap mesej yang penuh dengan lakonan itu,,langsung tidak aku endahkan...aku sudah lali dengan semua itu...pengalaman yang lepas mengajar aku untuk tidak mengulanginya lagi...

suatu malam,,aku menerima mesej dari saudara 'A'...dia memberitahu aku bahawa 'A' telah meninggalkan kita untuk selamanya...begitu payah untuk aku terima hakikat itu...bukan kerana aku sedih di atas kehilangannya,tapi kerana aku langsung tidak percaya akan perkhabaran itu...jauh di dalam benak hati aku sekalipun,,langsung aku tidak percaya...mana mungkin orang yang sudah pergi menghadap iLahi,,bisa lagi menghantar mesej dan membuat beribu panggilan pada aku...hati aku sekali lagi berjaya lari dari perangkap tipu helah 'A'...

[17 January 2009]
aku terima mesej daripada 'R'...dia memberitahu aku bahawa 'A' akan berangkat pulang ke Tawau hari ini...bagi aku,,biarlah dia pergi...aku tidak lagi simpan perasaan benci padanya...biarlah aku dengan hidup aku,,dan 'A' dengan hidup dia...aku senang begini...
mereka tidak faham akan hati aku...aku tidak mahu ada kaitan dengan 'A'...inilah diri aku,,seorang yang begitu sensitif dengan dunia yang penuh dengan kepura2an...

No comments:

Post a Comment