Saturday, January 10, 2009

FiRst wOrd...

embun pagi menyapa tubuhku
tertusuk nafas dalam tenang
aku bangkit menjadi aku
luka dilautan usah dikenang




::.bukan niat ku untuk membenci kamu
bukan salahku membuang kamu dari kamus hidupku
aku manusia biasa...
tidak lari dari membuat prasangka
namun...
pernahkah engkau terfikir
salahkah kamu menyakitiku
pernahkah terdetik di hatimu
salahkah kamu mengguris hati kecilku.::
::.aku bukan boneka untuk diperalatkan
aku bukan patung untuk dipermainkan
aku manusia biasa...
punya hati dan setitik rasa
aku tidak pernah menyimpan dendam
apatah lagi ingin bermusuh
tetapi...
aku tidak mahu mengingati,,
apatah lagi mendekati,,
insan-insan yang melukai hatiku...
aku tidak mahu menjadi pelakon
berpura-pura disebalik diri aku sendiri
aku tidak mahu memperdagangkan persahabatan itu.::
::.biarlah aku meyendiri di sini
senyap tanpa berita
aku senang begini
melupakan kisah silam itu
bangkit dengan ceritera baru
aku inginkan kedamaian
fahamilah aku.::

No comments:

Post a Comment