Perjalanan aku bermula jam 8.45 pagi bergerak menuju ke destinsi pertama, arena Gambang untuk mengisi perut2 yang masih kosong lagi nampaknya. En.Shukor tidak mahu kami kebuluran sepanjang perjalanan nanti.
Selesi sudah bersarapan, kami meneruskan perjalanan yang masih panjang lagi. Dan aku, mengambil posisi yang sesuai untuk melelapkan mata. 'Perut sudah kenyang, apa lagi, tidur lah'.
Namun tidurku seakan2 terganggu apabila van menyusuri jalan Jerantut-Lipis. Manakan tidak, jalan yang kami lalui itu sperti jalan maut. Turun naik bukit, dan bersimpang siur. dalam keadaan begitu, berpuluh2 lori balak silih berganti dengan van kami, terasa kerdil dan mahu gugur jantung rasanya. Aku berpura2 lena, walupun tidurku sebenarnya hanya helah untuk mengelakkan aku dari pening dan loya.
Alhamdulillah, jam 12.30 kami selamat sampai di Kg. Keledek Kuala Lipis. Tanpa berlengah, kami menuju ke bilik mesyuarat sekolah untuk menjalankan tujuan utama kedatangan kami ke sana iaitu memeterai kerjasama dengan para penduduk kampung dalam menjayakan program bakti siswa perdana.
Jm 3.00...Huh...lega rasanya setelah ketua kampung (tok Pat) menandatangani persetujuan kerjasama itu.
Kemudian, kami di bawa melawat sekitar kawasan sekolah dan juga kawasan kampung. Tok Pat membawa kami melawat kolam ternakan ikan kampung. Seronok sangat di situ.
Waktu sentiasa mencemburui kami menyebabkan kami tidak dapat lama berada di situ.
pak cik van bersuara 'jom lalu jalan yang lain'. huh...lega...dalam hati, 'tidak jatuh jantung aku lagi'. Jalan yang kami lalui kali ini lebih landai dan agak selamat. kami melalui jalan Lipis-Raub sebelum masuk ke lebuhraya.
aku tidak lena tidur kerana ternanti2 satu tempat yang aku akan lalui. tempat yang aku teringin sangat pergi, dan akhirnya aku sampai juga. aku tidak pernah jemu untuk berangan2 ke sana, walaupun aku sering kecewa. Hari ini aku dapat lagi ke sini. walaupun kali ini aku sekadar lalu, tapi cukup buat aku gembira. (pelik kan)
Perjalan diteruskan, meninggalkan tempat itu. (sedih pula). aku masih tidak dapat melelapkan mata. manakan tidak, asyik berangan saja.
aiiii...bila la akan menjadi kenyataan. hurm...
Sedar2, van berhenti rehat di Temerloh. dapat juga aku merenggangkan badan ni. lenguh rasanya. Disitu berjumpa dengan staf2 UMP yang baru pulang dari kem Bina Negara.
Usai solat maghrib, perjalanan diteruskan lagi. Fikiranku masih di awang-awangan. Aku berada di luar dunia aku sendiri. perjalanan yang singkat sekali aku rasa apabila van membelok memasuki pintu UMP.
Selamat sampai akhirnya.
Mahu balik bilik untuk sambung mimpi dan anganku...